Pages

Khamis, 6 Oktober 2011

CATATAN DIARIBUATABANG HARI NI...


Pagi ini...tatkala si bilal melaungkan azannya...mengajak umat  menunaikan kewajipan... aku merintih lg... apakah aku akan sebegini terus menerus? aku fasiq dalam dosa yang sentiasa aku lakukan.... air mata yg suda lama berlinang akhirnya menitis juga.... ya Allah ingin sahaja aku membelai wajahnya yang lena itu... ingin ku tatap matanya... tundukkanlah ego ku ini...ingin ku bersamanya setiap duka dan suka yang kau kirimkan padaku... tapi Tuhanku... apakah perasaan ku keterlaluan.. sehingga dia tidak acuh lagi setiap duka ku.. atau kah aku yang membuatkannya letih dengan sikapku...


Bukan ku damba menjadi permaisuri yang menakluk hati si raja untuk diperhambakan.... tapi ku ingin memiliki si raja yang bakal memimpin aku dengan setulus hati nya ke jalan mu... apakah dia dapat menyayangi ku sebagaimana aku menyayanginya??  ya Allah.. aku pasrah... jika ini ditakdirkan kepadaku.. biarlah aku tenang menghadapinya... jangan lah Kau menguji aku lagi...tak terntanggung rasa nya dugaan2 yg Kau berikan... jadikanlah hati ku ini redha dengan sayang yang diluahkan walau sedikit cuma.. yakinkanlah hatiku bahawa cintanya dan sayangnya yang tersimpan dalam dirinya amat luas buatku..

Wahai Tuhan ku... aku selalu ingin berada dalam redhanya.. kerana dengan redha itu aku akan terus memegang tangannya utk bersama2 melalui perjalanan hidup yang Kau ciptakan hingga ke akhirat nanti. Izinkan ku menjadi ketua bidadari buatnya di syurga nanti... sesungguhnya.. aku wanita dunia yang kau ciptakan amat mencemburui Hurul-Aini mu yang sentiasa setia menanti nya disana. Kerana ku tahu... Hurul-Aini Mu sudah mengetahui siapa lelaki yang masih hidup di dunia ini yang bakal menjadi suami mereka nanti. Aku tak mahu menjadi wanita dunia yang dimarahi Hurul-Aini kerana menyakiti hati suaminya di dunia, maka berkata bidadari yang bakal menjadi isterinya di syurga: " Jangan engkau sakiti dia. Kemarahan Allah atasmu, ia disisimu hanya sementara. Kalau dia menceraikan engkau, dia akan kahwin dengan kami."

Ya Allah, sesungguhnya di dunia ini ku tidak sanggup suamiku dikahwini oleh mana-mana wanita lain walau pun nyawaku sudah tiada lagi... inikan pula bidadari2 syurga itu yang telah pun tahu siapa suaminya di dunia lagi... Demi Mu Ya Allah Yang Maha Mengurniakan Nikmat... aku redha.. kerana Kau Tuhanku Yang Maha Adil.. aku seharusnya bersyukur kerana aku dipilih untuk menemani suamiku sejak di dunia lagi... aku juga makhluk Mu yang istimewa...

Ya Allah, aku mohon pada Mu, tetapkanlah aku, suami ku dan anak2 ku dalam iman dan redha Mu, peliharalah kami dari dosa dan maksiat.... kurniakanlah kami kebahagiaan dalam mengharungi mahligai rumah tangga ini... tambahkanlah kasih sayang antara aku dan suami ku serta anak2 ku.. murahkanlah rezeki kami.. tentukanlah masa depan yang baik buat ku dan semua anak2 ku agar kami tidak kufur kerana daifnya kehidupan dunia ini.. dan jadikanlah kami insan soleh yang layak untuk syurga Mu.. Ya Robbana aatina fiddunya hasanah.. wa fil aakhirati hasanah.. waqina azabannar...

0 comments:

Catat Ulasan

:: Candle OF Life ::

:: About Life ::

RENUNGKAN....