Pages

Khamis, 6 Oktober 2011

DUHAI HATI DAN PERASAAN


Bicara hati . Bicara tentang perasaan. Bicara yang tersirat. Bicara sebuah kehidupan. Bicara tentang segalanya,  Segala-galanya tentang sekeping hati.


Sekadar coretan, penghibur hati, menghimpun memori, meluah rasa..keranaku insan yang masih dalam serba kekurangan..

Kadang kala ade benarnya kata hati yang menguasai sekalian perasaan.. kadang kala ape yang tersirat dalam hati itu adalah yang terbaik yang kadang kala tak manpu untuk kita luahkan... kadang kala juga bicara sekeping hati amat sukar untuk difahami dan sukar pula untuk diterjemahkan....kerana sekeping hati lah insan di dunia ini punyai perasaan.. kehidupan di dunia ini diwarnai dengan corak yang digambarkan oleh perasaan....

Tetapi... kerana hati jugalah manusia binasa...!! jangan salahkan hati yg meluahkan perasaan... kerana sebagai insan kita dikurniakan akal yang sepatutnya seiring dengan tuntutan perasaan... fikirkanlah setiap luahan hati dengan kewarasan akal.. nescaya diri mu tidak akan binasa...

Bersyukurlah wahai insan yang dikurniakan akal yang waras dan hati yang aman.. maka damaikanlah hati mu dengan cebisan doa agar diri mu tidak akan lalai dengan keindahan perasaan...

Duhai hati... jadilah kamu pendorong hidup ku ke arah kebaikan dan janganlah kau pandu perasaan ku kearah yang membinasakan..

Duhai perasaan... jika hari ini aku terlalu gembira, Sedarkanlah aku dengan amaran2 Allah SWT,  Jika aku bersedih tanpa kata, Pujuklah aku dgn tarbiyah Pencipta,  Jika aku lemah tak berdaya, Ingatkanlah aku dengan kehebatan Syurga...

0 comments:

Catat Ulasan

:: Candle OF Life ::

:: About Life ::

RENUNGKAN....